Lembaran Kasih Mujahid 131

Perjuangan kami bermula apabila kertas UPSR perlu kami tempuh dua kali. Namun pada ketika itu tiada tangisan air mata yang menitis hanya sekadar keluhan. Huh! Penatnya lambat lagi ke nak habis?

Rezeki Allah kami dipertemukan di bumi Paya Jaras. Kami merupakan angkatan pertama pembelajaran DINI. Pada Ujian Peperiksaan 1 hanya boleh dikira menggunakan jari yang lulus cemerlang. Kami mula rasakan kesusahan dalam pembelajaran ini. Nak pindah!! Murabbi di bumi Paya Jaras tetap mengajar kami dengan cekalnya.

PT3 adalah buktiknya kerana puluhan daripada kami lulusa dengan cemerlang.

Kami meniti perjalanan ke SMA. Berpuluh kem yang Murabbi beri untuk santapan minda dan rohani. Ketika kem pastinya pelbagai kisah yang kami hadapi. Kami percaya satu perkara iaitu Allah sedang merapatkan saf kami untuk menjadi pejuang. Terbukti, SMA kami cemerlang. Perasaan ketika itu, penuh rasa tunduk dan syukur kepada Allah. Akhirnya, sinar menjelma atas segala usaha dan penat lelah.

SPM datang mencabar kami. Di kala dalam sedang belajar, kami turut melaksanakan tugas sebagai pemimpin buat adik-adik. Kami perlu menyiapkan kerja khusus. Setelah siap, datang pula peperiksaan percubaan. Takdir Allah kami hanya meningkat 1% sahaja. Kami berusaha sedaya upaya menggarap segala ilmu buat bekalan SPM. Segalanya telah kami lakukan di atas setiap pelajaran dengan teliti.

Penantian sekian lama akhirnya tiba jua. Kami hanya percaya keputusan ini bukan untuk kami jaja di khalayak. Keputusan ini adalah satu cabaran buat kami meneruskan perjalanan sebagai seorang pejuang.

Alhamdulillah, tugas kami menggarap segala ilmu di SAM Paya Jaras sudah dilaksanakan. Terima kasih buat semua Murabbi dan kepimpinan yang telah banyak membantu dan mendorong kami menjadi seorang pejuang yang kuat dan tabah.

Kejayaan yang kami rangkul segalanya adalah hasil usaha semua pihak. Duhai rakan, terbanglah setinggi mana yang kamu inginkan. Andai jatuh bangkit semula meniti kehidupan yang baru. Kejayaan dan kejatuhan segalanya sudah tertulis. Yakinlah ada sinar istimewa buatmu.






Comments