Perjuangan

                       Sabar itu indah :)

Alhamdulillah, setelah sekian lama akhirnya aku dapat menulis lagi. Ramai yang bertanyakan khabar. Aku baik-baik sahaja. Korang macammana? Sihat? Aku sentiasa berdoa agar Allah sentiasa melindungi kalian.

         Dunia sedang diuji dengan penyakit yang ditakuti dan digeruni semua umat manusia. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan. Ada yang tunduk rasa syukur sebagai sebagai satu usaha kearah kebaikan. Namun, ada juga yang tidak bersetuju kerana sukar mencari rezeki.

         Sahabat, ini pesanku. Kau dan aku sedang berjuang. Perkara yang telah ditetapkan sebagai ujian buat kita semua menjadi pejuang. Perjuangan para pemimpin untuk mengurangkan jumlah pesakit. Seterusnya, perjuangan para pakar perubatan dan organisasi keselamatan untuk menyelamatkan nyawa semua pesakit dan melindungi negara. Kau juga sedang berjuang dengan kewangan keluarga dan juga buat diri sendiri. Selain itu, kau sedang berjuang untuk melindungi diri daripada terkena sebarang penyakit.

Ucapan TAHNIAH buat kalian. Kalian adalah pejuang yang sedang berjuang untuk menuju puncak yang tinggi. Percayalah dan yakinlah bahawasanya perjuangan yang sukar ini bakal berakhir atas usaha gigih kalian. Isilah masa terluang dengan perkara yang mendatangkan manfaat.

         Andai kalian berasa sukar, duduk dan berehatlah. Tenangkan fikiran dan buat tindakan selanjutnya. Serahkanlah segalanya kepada Sang Pencipta (Allah S.W.T) dan kalian sedang berjuang, jadi teruskanlah tanpa rasa penat jemu.

  Aku sentiasa berdoa agar Allah sentiasa mempermudahkan urusan kita semua. Stay positive and keep moving.

                    Salam sayang, Nur❤

Comments